 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
DIDIZ | MUHD RUSHDI Rushdi a.k.a Didiz - visit my new blog at http://muhdrushdi.blogspot.com By: didiz rushdi
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Wednesday, 5-Nov-2008 05:22 |
Email | Share | Bookmark |
|
new daily life
|
|
bermula satu lagi kehidupan baru, kini saya akan sentiasa ulang-alik dari JB ke Terengganu untuk ketemu anak dan isteri tersayang. Suasana agak berbeza, namun kena juga dibiasakan.
Hari ini saya masih ditempat sama, melepak sekejap di Starbucks sambil membuat kerja. Lagaknya bagaikan seorang jutawan MLM yang duduk rileks-rileks di shopping kompleks macam takder kerja nak buat. Sedangkan orang lain hari ini bekerja di pejabat. Inilah aktiviti yang kadang-kadang saya buat untuk hilangkan rasa penat, bosan, tension jika kurang mood untuk buat kerja di ofis yang sekangkang kera aje jaraknya daripada Starbucks Jusco nie. Tapi jangan sangka saya nie kaya ?
tak kaya, tapi bebas dan selesa secukup kadarnya.
bekerja sendiri, itulah antara nikmat yang boleh dikecapi kalau sendiri kawal diri
dalam semua aspek. Pendapatan, masa, lokasi, aktiviti dan mudah cakap, bebas
menentukan apa jua. Tetapi disiplin kerja kena diawasi juga. Motivasi kena pandai-pandai cari sendiri. Sepanjang saya menjadi seorang photographer, boleh kata hari-hari saya kerja. Semua hari kerja. Hari cuti pun kerja. Ini pun tak bagus juga untuk
keluarga khususnya. 31 Januari dan 1 Febuari 2009 nanti saya akan anjurkan kursus
rekabentuk custom album. Jadi sesiapa yang berminat boleh dapatkan butiran lanjut
di http://fotokahwin.fotopages.com
saya baru pulang daripada Singapore untuk tugasan wedding disana.
Tidak jauh berbeza dengan perkahwinan di Malaysia. Cuma di sana majlis dihadiri
dari pelbagai bangsa tetamu + lebih banyak group photo. Weekend ini adalah lagi
job, tapi di Johor sahaja. Nanti Januari masuk Singapore lagi.
di Singapore, saya tidur di apartment ini, bersama din (putera_pawaka & fendy).
pagi pagi kami pergi breakfast kat Mc'Donald, itu je la yg reti pergi pun
lepas tu jalan-jalan kat taman rekreasi, tertarik dengan orang-orang singapore
yang ambil kesempatan hari minggu untuk bersenam + bercamping lagi
ditepi pantai bedok tu. Kat Malaysia susah nak nampak senario macam nie.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|