By: didiz rushdi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  28  29  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 25-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
cd label

beberapa artwork baru... saje saje post sini laks.





Monday, 16-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
My Pocket PC



Friday, 13-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sasaran seterusnya..

visual depan
visual belakang
Aku bercadang pada masa akan datang untuk beli new digital camera,
pada mulanya nak beli jenis digicam SLR, tapi rasanya yang ini aku nak beli untuk tujuan personal.
Canon powershot S2 IS, 5 megapixel, 12x zoom, pakai 4 AA bateri pack, design ala ala camera SLR. Camera SLR aku beli untuk company tu... nanti cerita... nie citer personal dulu.

Tak tau naper aku syok sangat dengan si canon nie...
siap tanya lagi kat canon malaysia bila masuk market malaysia.

Dan jawapan yang aku peroleh daripada Canon Malaysia sendiri..
Canon powershot s2 is nie berharga RM 2099 sahaja dan akan available
pada awal bulan hadapan (Jun).

Saper nak tengok review, check out url yg aku kasi


http://www.dpreview.com/news/0504/05042201canons2is.asp#specs



Tuesday, 10-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Nasi goreng dan tunang..

ala ayang jangan la marah..
nah, nasi goreng...
merajuk jugak...
View all 8 photos...
dah tiga hari kamera dipinjam si ruhaizie, hari nie dapat balik. Aku pun lepas gian untuk snap beberapa keping gambar waktu makan malam dengan si chubby bucuk (tunang aku).



Sunday, 8-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Menyingkap sejarah Lasso Design

seawal April 2004, kosong giler office nie
tengok la, amende pun takder,
belum bercat dan tak ada peralatan elektrik langsung..
View all 13 photos...
Dah setahun pun bisnes aku bertapak di Johor dan alhamdulillah dengan umur yang masih mentah, umur anak jagung orang kata, aku bersyukur dengan apa yang aku dan rakan2kongsi aku capai selama ini. Lain orang lain cara, lain kepala lain pandangan, begitu juga dengan hidup aku.. yang lain juga dari yang biasa.

Bagi mereka yang ingin jadi seorang independent, bebas bergerak ke sana ke mari tanpa diawasi bos, mungkin ini satu panduan kecil untuk cuba berpegang kepada prinsip "jangan gentar pada risiko besar atau kecil, kerana risiko sentiasa ada".

Bermulanya perniagaan ini, start penghujung tahun 2002, sehingga 2004 April, barulah Lasso Design dibangunkan dengan rasminya ada office. Sebelum nie, menapak di rumah aje.

Dengan modal sendiri, tiada pinjaman dibuat. Dari mana datangnya modal, jawapannya dari job job yang lepas sepanjang tahun 2002 hingga 2004 dan bantuan sokongan dari keluarga. Berapa permulaan modal, itu kita boleh tambah dari masa ke semasa, jangan terlalu khuatir tentang modal. Bagi jalan dulu bisnes, baru kumpul modal. Kalau nak buat bisnes tunggu modal, sampai bila pun bisnes takkan jalan.

Kita tahu, duit bukannya datang sendiri, tapi kita kena cari duit. Sama juga bisnes dan duit. Jika nak
duit utk modal, bisnes kena jalan dulu. Sikit sikit lama lama jadi bukit

Diri aku sendiri bukan datangnya dari keluarga yang berniaga. Tapi aku cuba melangkah ke dalam alam perniagaan kerana aku rasa aku mampu dengan keyakinan yang ada untuk buat bisnes. Agak mengejutkan bagi seorang yang baru graduate, terus buka bisnes. Ada orang kata "cari pasal". Ada orang kata "boleh niaga ke nie?" dan ada orang kata "tak ada pengalaman dah nak buka bisnes". Walau apa jua orang kata, itu orang kata... bukan aku kata. Tak perlu peduli apa orang kata. Tapi ambil peduli dengan apa yang kita buat. Fokus tu kan penting

Kat gambar-gambar nie korang boleh lihat permulaan office nie dikembangkan dari masa ke semasa. Dari secikai-cikai office yang kosong, satu pc, satu aircond, satu partition, satu orang juga yang jalan... aku dan rakan2 kongsi redah juga. Sehingga sekarang (Mei 2005), dah setahun berlalu... alhamdulillah, bisnes makin maju, pc dah bertambah, office pun dah tak kosong sangat macam dulu. Hingga sekarang.. kalau korang nak tahu... budak budak lasso design nie, buat bisnes deal dengan client naik motor aje. Termasuk la aku... pegi presentation pun naik bas, naik motor. Kalau ada kereta pun, kereta pinjam kejap kejap.


Jadi, kat mana ada kemahuan, kat situ ada peluang, kat situ juga ada rezeki, kat situ juga kita boleh pergi jauh. Apa yang penting, sasaran minda. Ada orang nak cerdik, dia buat duit cepat, ada orang yang tak pikap macam aku nie, mungkin lambat skit nak kaye. Tapi best, sebab pengalaman disini lebih banyak... kerana.. bermula dari bawah, baru kenal erti susah.. erti maggi segera yang lazat dan erti risiko sebenar yang ditanggung.

Terima kasih kepada dak dak lasso, mak bapak korang, mak bapak aku, Allah swt, dan semua pelanggan yang menyokong dan mempercayai kebolehan anak muda tempatan yang kecil ini.

Wsalam.


[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net